Setelah asyik taksub mengintai dan menjejak blog2 di blogspot, barulah tergerak hati ini untuk membina blog sendiri. Mulanya buntu gak memikirkan apa yang hendak saya coret di Halaman Jiwa ini... Takkanlah sekadar melakar ceritera harian macam mencatat diari tu kan? Sebolehnya biarlah entri yang mahu saya paparkan itu memberi manfaat atau sekurang-kurangnya menghiburkan pengunjung yang tiba2 mahu singgah di halaman ini......
Sebenarnya saya bukanlah seorang yang terer sangat bab2 IT ni. Tapi, tak adalah pulak saya ni kategori buta IT... Kadang2 ada gak perkara yang susah saya nak faham. Hehe... Masa nk create blog ni pun punyalah susah saya nak sign up. Netbook saya yang problem barangkali. Dah berpuluh2 kali selama 2 minggu saya try nk sign up emel tapi x lepas2. Adoiiii, tensen sampai nak demam rasanya. Alih2 saya yang putus harapan. Mana taknya, minda dah set up nak ada blog sendiri dan idea untuk menulis pun ada sket2.... Tak sabar, tak sabar.... Haih, semuanya hancur! kuciwa sungguh saya. Sampailah satu saat dan ketika itu, saya mengadu pada roomate. Atas ehsan dan simpati, beliau bagilah tunjuk ajar. Bukan setakat tunjuk dan ajar saja malah beliau demo untuk saya terus. Maka, terhasillah juga Halaman Jiwa ini.... Oh, terima kasih ye!
Saya masih belum ada entri-entri yang menarik untuk saya post di sini...... InsyaAllah jika ada kelapangan waktu saya akan update halaman ini untuk kita berkongsi.
Saturday, 16 July 2011
ASSALAMUALAIKUM............. welcOme to my blOg
Posted by ijahyuszah at 1:31 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment